Friday, December 9, 2011

: : 1..2..3.. Lekuk

m0od : just for sharing
music : sharing is loving

terjumpa and tersharing..haha..

Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.1
Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.2
Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.3
Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.4
Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.5
Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.6
Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.7
Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.8
Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.9

no.1
—-
Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.

no.2
—-
Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em…bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.

no.3
—-
Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.

no.4
—-
Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.

no.5
—-
Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9.

no.6
—-
Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.

no.7
—-
Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no.2.

no.8
—-
Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.

no.9
—-
Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain. Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6


=)

Thursday, December 8, 2011

: : bErisi atau gEm0k

m0od : smile
music : happy with my life

lame rasanya tak update blog nih..nak kate busy,tak jugak..nak kate tak busy,tak jugak..then macam mana??actually busy dengan final exam dulu plus ternet yang macam siput nih..ngeee..hehe..

since,lama tak balik plus jumpa orang sekeliling..i change..totally change..just only luaran..haha..pipi chubby..errr..hihi..

hah??!!!! OMG!! aku gemok??siapa yang cakap aku gemok tuh??siapa2??bagi tahu kat cek mai..grrrr..fuhhh..since aku balek dari semester baru nih,ramai yang cakap aku berisi..ohh nooo..macam mana aku buley berisi nih??pada hal jaga baik punyer..buley plak berisi..ish..

tapi kan.....aku tak rasa aku berissi..tapi aku rasa aku dah GEMOK..tengok kat cermin,aku gemok!!

actually,berisi atau gemok??susah nak tafsirkan..sesetengah orang namapk kita gemok,kita rasa kita berisi..tapi ada yang cakap kita berisi,sebenarnya kita gemok..yang mana satu nak percaya??berisi??gemok??berissi??gemok??

susah2..tapi itulah kenyataan yang perlu kita hadapi..reallity hidup..samada manis atau pahit,that a live!!

just one thing,take it easy..done..if people said " you are fat!! fat!! fat!! fat!!" we should think positive and make thier words to motivate our self..then,we can slim and more beutiful than that people..just smile.. :) that it..

=)

Tuesday, June 21, 2011

: : bELajar mEmasak ..

entah kenapa m0od malam nie aku terasa nak belajar memasak..
0ooopsss!!
terlepas cakap plak..
bocor rahsia..
hehe..

actually,,aku bukan tak pandai masak..
cuma tak der keyakinan nak masak jer..
takot tak sedap..
nanti tak der orang nak makan..
aku nak habiskan memang tak lar..
last-last,,tong sampah yang makan..
haa,,yang tuh memang dier telan jer semua..
haha..

aku reti lar masak yang simple-simple jer..
yang terok-terok tuh..
lain tahun kut..
hihi..

apa yang membuatkan aku nak belajar masak..??
hurmm..
sedangkan dulu,,jarang lar aku nak fikir bab masak-masak nih..
dier..
yer..dier (dak c0m0t) ..
dier penyebab aku nak belajar masak..
senang kata nak lebih profesional lar..
huhu..

orang nak kahwin kena pandai masak..
(tiba-tiba fikir nak kahwin..haha..)
haa,,nak-nak lagi dapat husband yang tak suka makan kat luar..
mula-mula kahwin boleh lagi..
da lama-lama,,mau kena sembur dengan husband terchenta..
hak3..
nangis tak keluar mata nanti..

jadi,,kita orang perempuan nih..
wajib kena tahu masak even simple thing..
sebab nie menjamin masa depan kita..
adakala,,padangan orang perempuan nih..
susah..
kenapa??
sebab,,dier akan fikir..
" alaa,,if laki aku sayang aku,,dier akan terima aku seadanya.. "
yer..
memang betul..
tapi takut nanti..
husband kita cari lain..
nuh janda kat kedai makan depan rumah..
ha,,tuh baru kita tahu husband kita memang sayang kita sangat + giler kuasa dua..
gembiralah wahai hati..
hik3..

der satu novel aku baru habis baca..
M.A.I.D ..
dier (noorul) nie tak pandai masak..
tapi nak jadi orang gaji..
sebab tak dapat kerja..
malangnya..
dier nie langsung tak pandai masak..
goreng ikan pon tak reti..
last-last,,dier pandai masak..
sebab??
sumber inspirion..
inspirasi lar..
nak tahu macam mana dier teror masak??
beli lar..
hihi..



anyway,,majikan dier nie cerewet..
giler cerewet..
tapi perempuan nih jatuh cinta dengan Mr.Fussy..
itu yang membuatkan dier nak belajar masak..
demi insan tersayang..
tak rugi pon kalau kita berfikiran macam nie..
last-last,,Mr.F nie pon jatuh hati kat M.A.I.D dier nih..
best..
beli lar..
eh,,tetiba plak nak promote..
hak3..

# tak rugi pon kita belajar masak demi insan tersayang..

=)

Monday, June 13, 2011

: : 0rang kE-3 ..


m0od : tak paham
music : hancur hatiku

topik aku malam nie adalah orang ke-3..atau senang kata pasangan kita curang..ok..mungkin you all pernah terbaca ciri-ciri pasangan kita curang,,right??so,,aku tak perlu lar nak cerita lagi..sebabnya mostly you all da tahu..or other words,,you all pernah alami sendiri..

ok..aku bukan nak cerita ape pon..but..sometimes tuh aku tak paham kenapa,,mengapa,,bagaimana dan sewaktu dengan nyer..

bukan tak paham apa..cuma..persoalannya.....kenapa tak cukup dengan seorang??mengapa mesti nk der orang lain??dan bagaimana semua tuh buley terjadi??

apa yang aku nampak,,pasangan kita yang mulakan dulu atau orang ke-3..but,,benda tuh takkan terjadi if pasangan kita atau orang ke-3 tersebut tak melayan..betol tak??kalau da melayan,,nampak sangat lar dier pon suka orang tersebut..atau dengan kata lain MENGGATAL..pantang mengayat..layannn..bersayang-sayang..huh!! whatever!!

yes!! thats word..menggatal..tepat sekali..perempuan ke lelaki ke sama jer zaman sekarang nie..tak der beza sikit pon..bila laki salah kan perempuan..perempuan akan salah kan lelaki..kan??dalam perkara nie,,dua-dua salah..and orang yang pertama patut di salahkan adalah mereka yang mulakan dulu..

sometimes kita dengar alasan bila nie berlaku,,mereka akan cakap,, "pasangan aku tuh tak pandai amek hati aku,,menggedik satu hal " ,, " gf aku tuh cerewet,,suka merajuk,,mata duitan " ,, "bf I tuh panas baran,,I tak tahan dengan perangai dier " dan banyak lagi..

ok..kira kalau nie berlaku,,mungkin da tak dapat nak pertikaikan sebab berkemungkinan besar salah pasangan mereka sendiri..sebab tak tahu nak jaga hubungan tersebut..tapi,,tuh semua buleh di betulkan..kenapa mesti nak der orang lain tapi dalam masa yang sama kita masih dengan pasangan kita..right??salah ke kalau kita berterus terang dengan keadaan yang sebenar??

tapi apa yang aku nak pertikaikan apabila pasangan mereka nie cukup baik,,penyayang,,memahami,,penyabar,,paling penting SETIA..tapi kenapa insan yang tidak bersalah nie menerima hukuman seperti itu??adil ke bagi mereka??

entah..aku tak paham kenapa??takdir mereka ke??sedih juga bila memikirkan..mesti ke berlaku curang terhadap pasangan??

then,,bila da tahu salah..paling-paling mintak maaf and promised not do it again..haha..kau ingat aku akan percaya..remember,,sekali kepercayaan kita musnah,,susah kita nak percaya lagi..

# hati yang terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya ..

=)

Wednesday, June 8, 2011

: : sayang kE??

m0od : sayang
music : keliru

semalam bergayut kejap dengan member baek aku..baek ke??sejak bila??ntah..tapi dia nie laki-laki..kunun-kunun dulu skandel aku lar..haha..saja untuk menyedapkan lagi hubungan..tapi aku rasa,,dier da macam kawan baek laki aku da..yang kelakar tuh,,dulu,,dia pemalu giler dengan degan perempuan..but now,,he's already have girlfriend..hehe..yer..zaman da berubah..manusia pon da berubah..

dia tahu aku tengah terasa ati dengan kawan aku tuh..tuh yang dia call..sembang-sembang..last-last mengarut..masok passal cinta..huh!! cinta??OMG!! hak3..kununnya dia tuh pakar cinta lar..tak pon,,pakar pshykology..haha..

dia citer pasal awek dia..katanya,,merajuk tuh tanda sayang..betul ke??kenapa bila merajuk dier kata sayang??hmm..dier jelaskan : sebab bila awek dia merajuk,,baru dia tahu yang dia sayang awek dia tak??ooooo..begitu..




tapi aku cakap,,bila bergaduh tanda sayang..kenapa plak yer??aku cakap : sebab bila kita gaduh dengan orang yang kita sayang,,baru kita tahu,,kita sayang dia ke tak??kita rasa rindu kat dia ke tak??ooooo..(bunyi macam shin chan)




tapi aku rasa,,merajuk dan gaduh tuh memang betul tanda sayang..sebab bila tuh berlaku,,hati kita akan timbul satu perasaan aneh..di mana kita sedar yang kita sayang dia seorang..

tapi pada aku,,tak yah lar nak selalu bergaduh 0r merajuk..takut satu hari nanti tak tahan..yer lar,,sebelom kahwin da macam nie..kalau selepas kahwin,,tak tahu lar pulak macam mana kannnn??

soo,,bio lar bersederhana..jangan kerap sangat macam hari-hari gaduh + merajuk..jenuh jugak lar pakwe kita nak pujuk kan..kalau jenis senang di pujuk,,buley lagi..kalau susah,,alamatnya nsib badan lar..haha..

bak kata orang,, "orang tersayang,,sanggup lakukan apa sahaja.." hehe..tapi memang betol..demi insan tersayang,,terjun dalam gunung berapi pon sanggup..tapi aku tak sanggup..bukan sebab tak sayang,,tapi,,aku masih ingin berada di samping mereka yang tersayang..

=)

Monday, June 6, 2011

: : thanks bEing my friEnd

m0od : redha
music : terasa hati

new page,,new year,,new friend,,new look??
hmm..
tak per lar,,mungkin kita pada dier da tak bermakna..
atau mungkin kita bukan siapa-siapa pada dier lagi..

salah kita ke??
atau salah dier??

dier pernah mengatakan aku nie sombong..
yer..
mungkin aku nie sombong..
tapi dier??
tak sombong ke??
sedangkan dier langsung tak tegur aku..
aku mengalah..
aku juga yang sombong..
dier tidak..

mengalahkan lebih baik..
sebab aku malas nak panjang lebarkan kes tersebut even seinci..

kami berkawan lama..
sejak form 2 lagi..
dan kami rapat sejak itu..
bersama lagi dua sahabat kami..
lagi seorang,,memang sahabat aku sejak darjah 6..
dan seorang lagi sepupu kepada kawan baik aku..

masuk form 3,,aku tidak bersama kelas dengan mereka..
tapi kami still berkawan baik..
still lepak sama-sama..
masuk form 4,,just only dier and aku..
another friend,,lain kelas..
iaitu kawan baik aku dan sepupunya..

yer..
sejak dari form 4,,kami still berkawan baik..
berkongsi cerita..
gelak ketawa..
kisah sedih..
senang kata,,suka duka kami kongsi bersama..

dier pernak mengaku pada family aku masa aku accident..
kami nie kawan baik..
yer pada waktu itu,,kami memang berkawan baik..
sampai form 6..
but.......
sekarang,,tidak lagi..
bukti jelas ternyata..
she never thought me as her best friend anymore..
not just like before..

now i understand..
should i talk to her firts??
or just pretend nothing happend??
hmm..

kata-kata ku di bukumuka pada malam ini :
.. pd diEr,kita bukan kawannya Lg..pd diEr jg,,kita bkn siapa2..tak pEr Lar..jgn saLahkn diEr ats apa yg b'Laku..fikirLah,mungkin sLh kita yg Lgsg tak mEmikirkn diEr sEbagai SAHABAT..waLaupn,pd hakikatnya,diEr mEnyaLahkn kita & mEngatakn kita S0MB0NG..kita s0mb0ng??hmm..think rasi0naL..mgkn apa yg b'Laku adLh kEsiLapan kita sEndiri..untk m'jadi sEpErti duLu,mgkn ssh..but 0nE m0rE thing,THANKS BEING MY FRIEND ..
aku tidak tahu mengapa dan bagaimana??
aku cuma ingin luahkan segala-galanya..
yer..
mungkin salah aku..
dan munkin juga hanya aku yang terfikir ini semua..
dan dier??
mungkin tidak sama sekali..

kalau ada jodoh yang panjang aku bersama dier..
insyaAllah..
kami akan berkawan seperti dahulu..
kalau tidak..
mungkin hanya sebagai kawan..

sedangkan..
kawan baik aku tuh pon yang cari dier dulu..
dier??
hmm..
mungkin jarang..

kenapa aku tak cari dier dalu??
entah lar..
hati aku langsung tak terasa nak berbuat demikian..
ego??
sombong??
tak pasti..

but,,it ok..
i'm appreciate friend with you..
u're nice friend..

mungkin hati aku belum terasa nak buat baik dengan dier..
aku tak pasti kenapa..
mungkin salah aku jugak kan??
yer..
salah aku..
tapi tak per..
yang aku pasti,,hati aku tak salahkan dier kalau dier berubah sedemikian..

THANKS BEING MY FRIEND!!

=)

: : stEpLer tELinga kucing

m0od : senyum
music : gelak tergolek =)

kejam sungguh..baru-baru nih,,aku balik kampung,,ipoh..singgah lar rumah mak cik puan emak..ada seorang cucu beliau..so funny..12 years old,,so bijak..mana tak nya,,boleh pulak dier stepler nya telingga kucing tuh..ape yang dak tuh tak puas hati pon aku tak tau..

first time aku dengar cerita budak berumur 12 tahun nih buat macam tuh..kejam giler..selama nie aku just dengar cerita orang bunuh kucing,,sembelih kucing,,lambung-lambung kucing,,kira ok lagi lar..tak kejam mane pon..tapi stepler telinga,,macam kelakar plak bunyi nya..hehe..

last-last,,cikgu dier denda,,bagi makan kucing selama 1 week..hehe..budak sekolah..yang tak buleh blah tuh,,buat kat sekolah..hehe...

lagi satu cerita,,member kelas..masa dier kecik-kecik dulu,,dier nak mandikan kucing,,buley plak masuk dalam mesin basuh baju..memang mati lar anak kucing tuh..haha..

macam-macam citer..nampak cam kejam,,tapi kelakar pon yer..hehe..pape hal pon,,korang-korang pernah buat macam-macam kat binatang??or korang pernah dengar cerita?? =)

Sunday, May 29, 2011

: : chEnta atau nafsu??

Langkah 1 :
kamu boley mengetahui bahawa si dia memang sangat-sangat memerlukan cinta kamu jika :

~ si dia langsung-langsung tidak pernah mengambil kesempatan terhadap diri kamu..malah si dia langsung tidak pernah mengambil kesempatan untuk memilh topik seks dalam perbualan.. selain itu si dia juga angsung tidak pernah mengambil kesempatan dengan menyentuh diri kamu..tidak mengambil kesempatan apabila kamu dan si dia berada di tempat yang sunyi atau berdua-duaan..sekiranya si dia benar-benar menghormati diri kamu sebagai seorang gadis,jelaslah bahawa si dia benar-benar cintakan kamu..

Langkah 2 :
kamu boley mengetahui bahawa si dia memang sangat-sangat memerlukan kasih sayang kamu jika :

~ si dia memilih kamu untu mendengar segala ceritanya..malah si dia gemar bercerita tentang aktiviti yang dilakukannya sepanjang hari seperti : bila,di mana,bagaimana dan turut menyebut nama-nama individu yang terlibat dalam aktiviti hariannya pada hari tersebut..sebaliknya, lelaki yang hanya mementingkan nafsu semata-mata tidak gemar bercerita tentang semua perkara tersebut kepada pasangannya..s dia lazimnya akan mengada-adakan cerita sekadar untuk menarik minat kamu dan sewaktu berbicara matanya gemar meliar dengan menikmati susuk tubuh kamu..elak dari berhadapan denganlelaki sebegini!!

langkah 3 :
kamu boley mengetahui bahawa si dia memang sangat-sangat memerlukan kamu jika :

~ si dia mula percayakan kamu untuk mengetahui selok-belok kewangannya..tidak ramai lelaki yang mahu berkongsi cerita tentang kewangan, ambil berat dan berkongsi tentang apa jua perkara dengan seseorang perempuan yang tidak diingininya..tapi bagi lelaki yang mementingkan nafsu semata-mata, mereka suka melindungi tentang diri mereka yang sebenar daripada pengetahuan pasangannya..mereka langsung tidak pernah melayan dan menganggap diri kamu sebagai individu yang akrab dan perlu tahu tentang semua perkara mengenai dirinya..kesimpulannya, si dia lebih banyak berahsia dengan kamu!!

Saturday, May 7, 2011

..kEtagih : rasa sEkaLi nak Lagi

kenapa yer manusia di ciptakan dengan hawa nafsu yang tinggi??

plus dengan godaan nates..ish3..

bila aku perhatikan,and sometimes aku rasa

sendiri..Lumrah manusia..



aku kerja kat CC [cyber cafe] atau pusat intenet atau surf internet atau hehe..

start hari selasa lepas..

mula-mula ganjil jugak..eh,,silap-silap..bukan ganjil tapi ganjal..

hehe..sebab aku tak pernah kerja

CC sebelum nie..jadi,,aku usyar jer lar akak nie buat kerja..

al-maklumla..cari duet untuk

anak laki kat umah tuh..haha..per salahnya meringankan beban

di perut..hak3..


motif sebenarnya,,aku tengok setelah beberapa hari kerja..

kais pagi makan angin,,kais petang makan udara..

hehe..mejoriti budak sekolah..

bukan sekolah menengah jer,,rendah skali join dua kaki..

gara-gara giler game..

laki aku cakap,,semua yang datang tuh,,

semua orang giler,,

sebab giler game..haha..

main sejam,,tambah lagi sejam..main lagi sejam,,tambah lagi setengah jam..

every day always same..

dari pagi sampai pagi..semua game,,game,,game..

aku rasa budak tadika pon der gak..sebab kecik sangat..mak ai !!

terer tuh nyah,,mak dulu-dulu pon tak tau main game..

jangan kata main game,,

komputer pon aku tak kenal..ntah binatang per pon aku tak tau..

ish3..kesian teramat..tapi budak-budak

sekarang..lagi terer lagi mak,,nyah..

huh!!


tapi............

apa yang memusyilkan kepala otak aku nih..

mana dorang dapat duit??

dari mak ayah??memang dari mak ayah..

tapi untuk belanja sekolah..

tapi..............

budak-budak nie,,datang hari-hari..

orang yang sama..

der sekali,,mak budak datang serang..huh!!

cuak gak aku..tapi bukan serang aku..serang anak dier lar..

lau mak cik tuh serang aku,,alamatnya,,

i'm quit..hoho..

saya tak bersalah mak cik..

cehh..

buat lakonan tak menjadi..haha..


kaya jugak budak-budak zaman sekarang nih..

hari-hari main game,,online..

online,,game..

game,,online..

online,,game..

naik fening gak aku dengan budak-budak nih..

bukan fening apa,,

bila da ramai sangat budak-budak + bisning nak mampus..

hak3..

tak per lar,,tahan untuk sebulan lebey lagi..

maju sukan untuk negara..

per kaitan pon aku tau..hehe..


tuh lar kesahnya..

esok genap seminggu aku kerja..

cuti hari jumaat jer..huhu..hari minggu kerja..kawan baik aku kata,,

mat bangla jer kerja hari ahad..

hak3..

lama jer rasa nak habis sebulan..cuti sem nie,,

mana nak dapat duitkan..

so,,kerja jalan terbaik..

hehe..


maju sukan untuk negara!!

yuhuuu..

salah konsep tuh..

tak per lar nyah,,sal kan mak bahagia..

hehe..

=)

Tuesday, May 3, 2011

: : sEmpEna hari Ibu

hasil = anak buah aku..
umur = 4 tahun 10 bulan..
nama = faris jufri..





balek jer sekolah,,dier bagi puan opah..siapa lagi kalau tak mak aku..hehe..kelakar..pas tuh,,tunggu plak umi dier balek..dengan excitednya,,dier bagi..akak pon,,terkejut tengok..




yang kelakarnya,,kek tuh..mak aii..merah semua..perisa strawbery..hak3..satu rumah gelak..tak per lar..satu usaha yang baik kn??hehe..sweet pon yer..huhu..akan ku simpan..nanti bila dier besar,,aku nak tunjuk..mesti kena gelak..haha..anyway,,HAPPY MOTHER'S DAY t0 all mom in the world.. =)

Wednesday, April 27, 2011

: : bErtuah dapat suami macam nie

Lebih kurang tiga minggu yang lepas saya membawa isteri ke 'Mahkota Medical Centre', dia mengadu kepada saya kepalanya pening, rasa mual dan badanya lenguh-lenguh. Saya tanya dia"mengandung kot?" Dia kata tak ada. Oleh kerana 2-3 hari macam tu saja,saya bawak dia jumpa doktor dan ternyata.... isteri saya mengandung dua bulan. Emmm saya dah agak dah.Maka bermulalah cerita baru dan haluan sejarah masa depan akan pastinya berubah lagi.

Dia akan merasa loya dengan bau yang sebelum ini senang baginya, termasuklah bau badan saya. Morning sickness yang teruk sekali bagi isteri saya.Kasihan sungguh, terbaring saja sepanjang masa. Makan tak boleh, minum tak nak, apa pun tak nak. Adakalanya isteri saya semalaman tak dapat tidur, kadang-kadang tu asyik nak tidur saja. Selesai saja solat Isyak dah masuk bilik. Pada awalnya saya tidur kat luarlah sebab dia tak boleh bau badan saya. Saya fahamlah orang mengandung memang macam tu, sekarang ni dah boleh tidur dengan saya dan saya sudah tahu macamana nak elakan insomnia yang dialaminya, iaitu dengan membaca Al-Quran sehingga isteri saya terlelap.Memang kebiasaan sebelum mengandung pun saya akan membaca Al-Quran diatas katil di sisi isteri sebelum tidur sehinggalah dia terlelap.

Sekarang saya terus membaca Al Quran disisinya sebagai ubat tidur bagi isteri dan anak dalam kandungan. Adakalanya sampai 2-3 jam.Bukan itu sahaja, saya juga sentiasa bercakap-cakap dengan janin dalam perutnya. Perkara yang mula-mula saya ceritakan padanya ialah tentang tauhid. Saya bermula dengan kitab pertama yang saya pelajari dahulu iaitu kitab 'Kasyaful Mahjub'. Mungkin ada pembaca yang berkata saya terlalu ghairah, kebarangkalian untuk janin-survive masih tipis. Tapi mana ada ayah yang tak berharapan. Segarang-garang harimau pun tak makan anak, apatah lagi saya. Apa yang akan berlaku pada kemudian hari adalah diluar bidang kuasa saya. Siapa saya untuk mempersoalkanya.

Saya bercerita kepadanya tentang Allah, zat, sifat, asma, afal. Dan cerita itu kembali bercerita kepada diri saya. Adayang menghantar email dan bertanya bagaimana mahu mensihati anak agar tidak degil. Jawapan yang mahu saya nyatakan bukan hanya untuk anak tetapi untuk sesiapa sahaja terutamanya yang mempunyai hubungan rapat dengan kita. Tak kiralah anak, isteri atau suami. Bagaimana?

*************************************************************

1. Semasa anak atau isteri kita sedang tidur inilah waktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu dua pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya(sub conscius mind) adalah paling optimum ketika ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).

2.Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke ubun - ubun orang yang ingin anda nasihati.

3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah ke atas junjungan Nabi Muhamad dan bacalah surah al fatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam hati dan jangan putuskan zikir anda.

4. Angkat ibu jari anda,kalau boleh janganlah di putuskan zikir didalam hati dan bercakaplah dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda beritahunya. Kebiasaannya saya akan menasihati isteri saya agar tidak selalu melewatkan solat,banyakkan berselawat, banyak bersabar.

Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat anda.

5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya bergerak-gerak. Insyallah saya doakan diri saya dan anda berjaya dengan kaedah ini.

***********************************************************

Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An Nu'man), seseorang pernah bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah. "Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya. Jawab bapa Imam Abu Hanifah "Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia dilahirkan". Kalau didengar pernyataan ini tentu aneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin manusia yang belum dilahirkan sudah di didik. Namun apa yang ingin disampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah) ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya juga sudah di didik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak dari kandungan lagi. Saya beri anda satu logik akal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih segiempat. Begitu juga dengan anak dan isteri kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita sendiri.

Saya bacakan kisah ini kepada janin yang sedang membesar dalam perut isteri saya. Saya sentiasa berdoa agar dia terus membesar dan dilindungi Allah sebagaimana Allah memelihara Imam Abu Hanifah. Saya nasihatkan dia dengan nasihat yang disuarakan oleh Luqman Al Hakim kepada anaknya. Saya bacakan kisah para rasul, para nabi,wali songo, tujuh wali melayu kepadanya. Cuma isteri saya menasihati agar suara saya tidak terlalu kuat, bimbang didengar oleh jiran, apa pula kata mereka nanti.

Dalam kepekatan malam, isteri saya sudah pun yenyak dibuai mimpi. Saya baru selesai membaca surah yasin disisi isteri hingga dia terlelap. Saya kehalaman rumah, mahu merenung langit malam, satu-satunya hobi saya semenjak kecil semenjak di rumah anak-anak yatim piatu, saya bawa hingga kini. Langit agak terang dan bersih. Saya bersandar dibangku marmar. Kalau isteri saya sihat pastinya dia menemani saya disini, kami akan bercerita tentang segala-galanya, tentang masa depan, tentang anak, tentang cinta, tentang tuhan.

Saya terus merenung langit malam, saya anak yatim piatu yang ditinggalkan ditengah padangrumput,sehingga sekarang tidak diketahui siapa ibu ayah saya. Kini saya akan menjadi ayah. Bermula dari saya akan wujud salasilah keturunan yang baru.Saya bertekad dalam hati, Insyallah jika anak ini lahir, dia tidak akan saya biarkan membesar seperti saya. Dia tidak akan saya biarkan menagih kasih dirumah kebajikan.Dia tidak akan melalui zaman pahit seperti saya. Dia tidak perlu dibohongi yang teddy bear adalah'mama'nya seperti saya. Air mata ini mengalir lagi. Mudah benar ia tumpah.Oh! janganlah tumpah lagi.Sudah terlalu banyak tertumpah.Kalau mahu tumpah biarlah ketika sujud menyembah Ilahi.Pesan guruku air mata lelaki jangan ditumpahkan sia-sia.

Saya tidak mahu terus melayan perasaan,segera saya kuncikan pintu dan ke kamar tidur.Isteri saya telah pun nyenyak dibuai mimpi.Inilah 'bintang timur' dalam hidup saya.Ia sentiasa bersinar cemerlang dalam hidup saya,memberi harapan,keyakinan,kesetiaan dan cintanya kepada saya.InsyaAllah tidak lama lagi,akan muncul 'bintang timur kecil' dalam hidup saya..

=)

Thursday, April 7, 2011

: : bEza suka dan chEnta

















1- Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan
berdegup kencang. Tapi di hadapan orang yang kita
suka, hati kita akan gembira.

2- Di hadapan orang yang kita cinta, musim
sentiasa berbunga-bunga. Di depan orang yang kita
suka, musim itu cuma berangin sahaja.

3- Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang
kita cinta, kita akan kaku. Tapi jika kita melihat
ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan
tersenyum.

4- Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi
malu. Di depan orang yg kita suka, kita akan
tunjukkan imej yang sebenar.

5- Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk
berkata-kata. Di depan orang yang kita suka, kita
akan bebas berkata apa saja.

6- Kita tidak akan merenung mata orang yang kita
cinta. Tapi kita akan selalu merenung mata orang
yang kita suka.

7- Bila orang yang kita cinta menangis, kita akn
turut jua menangis. Bila orang yang kita suka
menangis, kita akan cuba untuk membuat dia gembira.

8- Perasaan cinta bermula dari kata. Perasaan suka
bermula dari telinga. Jadi, jikalau kita berhenti
menyukai seseorang yang kita suka umpama kita
membuang telinga kita. Tapi jika cuba menutup mata
cinta berbuah menjadi airmata. Setiap orang yanghidup
akan mengalami ini dalam hidup mereka.



Monday, April 4, 2011

: : 7 pEtua cari cal0n suami yang baik

"Mak! Timah tak nak kawin sampai bila-bila pun mak. Timah rela jadi andartu kalau tak jumpa lelaki yang sesuai!"



Pernah dengar tak kata-kata nie? Ke ada di antara korang yang pernah mengucapkannya? Hakikatnya, zaman sekarang nie memang susah nak cari calon suami yang baik atau yang menjadi idaman. Cari laki bukan keje main2. Bukan macam nak pilih ikan kembung ke, ikan keli ke kat pasar. Nie soal masa depan nie.



Sebab tulah kebanyakan wanita la nie ada yang rela tak berkahwin sampai tua. Rela jadi andartu. Bukan nak kata memilih, tapi benda penting, takkan nak tangkap muat jer..bangun pagi2, nampak je lelaki pertama, ajak dia kawin terus dengan you...tak boleh jadi ni...tak boleh jadi...



Sebab itulah, jom kita tengok beberapa petua untuk mencari bakal suami yang baik:



1. Pilih yang baik dan beragama – agama nie penting kerana ia mendidik kita untuk menjadi insan yang lebih baik. Kalau takde agama, takdelah pegangan dalam hidup, kan? Nak didik anak bini pun susah. Lelaki yang beragama nie bukan sajer boleh memimpin dirinya sendiri, bahkan dia juga boleh jadi pemimpin yang baik kepada isteri dan anak-anaknya. So, sebelum melihat kriteria2 lain, lihatlah dulu pegangan agamanya, okey dan boleh tak si dia membimbing kita ke jalan yang betul kelak...



2. Cari yang sabar dan penyayang – semasa tengah berdating, mungkin you all dah dapat detect perangai boyfriend korang kan? Penyabar ke atau pemarah? Cuba uji... misalnya berpura-pura buat bende yang dia tak suka ke, time tu la nak tengok dia melenting ke tak. Kalau dia marah tahap cipan, sah2 dia panas baran. Jangan pilih lelaki camni cik adik oii, kalau tidak, seksa hidup ko nanti.



3. Jangan nilai pada rupa – 'don't judge a book by it's cover'..ataupun jangan nilai buku melalui kulitnya sajer! Sebab kecantikan luaran nie sementara ajer. Mungkin rupa si dia nie macam rupa orang pecah rumah, tapi mungkin hatinya baik. Kalau muka tu sehensem Tom Cruise, tapi perangai tak senonoh, nak buat aper, kan? Ingatlah nanti kalau kita tua, tua samer2. Kedut pun, kedut sama2 (melainkan ada salah sorang yang pakai botox...huhu :-) )



4. Hormat orang tua – sememangnya kite nak calon suami yang bukan saje taat pada mak bapak dia, tapi juga hormat pada orang tua kita, kan? So, kalau si dia datang ke rumah, perhatikanlah tingkah laku dia pada mak bapak kite pulak. Dia hormat ke atau kurang ajar?



5. Cari yang boleh mendengar dan mendidik – penting nie sebab kalau kita ada problem, ada jugak insan yang sudi mendengar luahan hati kite, betul tak? Bukan tu jer, kalau ada bende yang kite tak tau, si dia juga boleh mendidik kita khususnya dalam bab2 agama. Jangan 2×5 sudahler...:-)



6. Lihat pada family dia – nie biasanya dipraktikkan masa zaman mak bapak kita dulu. Masa nak cari jodoh untuk anak-anak diorang, mereka akan 'melihat' pada keluarga si lelaki dulu. Kalau semernya baik2 ajer, dapatlah 'green light'...sebab 'ke mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi'nya, kan? Mak bapak kitalah juga yang membentuk kita untuk jadi insan yang berguna atau tak satu hari nanti. Tapi ada jugak yang mak bapak kurang baik tapi dapat anak yang baik...:-). So, nilailah betul-betul yer.



7. Pilih yang (ikhlas) sayang kat kita – maksudnya pilih jejaka yang betul-betul sayang kat kite. Jangan pulak pilih lelaki yang kita sayang tapi si dia plak buat endah tak endah je kat kita. Ada jugak kes di mana si lelaki nie berpura-pura sayang kat si gadis kerana hanya nak main-mainkan dia. So, kalau anda di dalam situasi di mana anda kena pilih di antara lelaki yang anda sayang dan lelaki yang sayang pada anda... sebaik2nya pilihlah option yang kedua tuh...:-)



Wah...susah betul nak cari laki kan? Pasal soal cari pasangan nie, lelaki kena paham2 la kenapa ada wanita yang kawin lewat atau tak nak kawin langsung. Bukan kata memilih, tapi soal jodoh dan masa depan Tuhan yang tentukan. Bagi wanita plak, kalau dah jumpe jodoh yang baik dan sesuai tu, cepat2 la kawin, ok. Takut nanti si dia kena rampas plak. Maklumlah, lelaki yang baik sekarang nie tengah high demand...:-) Good Luck!

Saturday, March 26, 2011

: : jamban kami

bila perot rasa nak meletop..bila perot rasa tak puas hati..ingin melepaskan geram..ingin melepaskan nafsu..ingin melepaskan kepuasan..ingin menjalankan satu hajat yang amat besar..tak dapat di tahan-tahan lagi nafsu yang sudah maharajalalela dalam diri ini..

ahhhh..lega sudah..


hahaha..apala lar korang nie..mesti fikir yang bukan-bukan nih..nakal ea..hehe..tapi kadang-kadang nakal sikit..ok what..bukan selalu pon nak nakal-nakal macam nie..hak3..

gambar kat atas tuh..per erk??hehe..rumah ke??bilik ke??teetttt..hahaha..tuh lar jamban yang group aku buat..cumilkan??hihi..nie belum siap 100% lagi lar..sebab tuh nampak rangka-rangka badan yang lawa sangat..sexy beb!!

berapa minggu erk buat jamban nih??der lar dalam 4 minggu..tapi minggu kedua..teruk-teruk..korang nak tahu kenapa??jup ea..






ada orang sabotaj group aku..bengkek gila..suka-suka hati jer..tak puas hati,,face to face lar..haish..da lar nak buat benda nie penat gila..ish..sabo jer lar..


tadaaa..hihi..lawa tak jamban kami??huhu..nie lar rupa jamban yang telah disiapkan oleh 8 0rang..perghhh!! penat memang tak terkata lar..yang tak tahannya..penat nak mengemas..hihi..tapi nie semua pengalaman..sebelum nie bodo-bodo jer..masuk sini baru tau nak buat macam mana..hihi..

** berani untuk mencuba yang baru..pasti menarik..tapi..pastikan itu adalah sesuatu yang baik.. =)

Friday, March 25, 2011

: : air kencing + tahik

terima kasih kucing..
untuk segalanya..
kau berikan lagi kesempatan itu..
takkan berulang lagi..
kau kencing merata..
berak di bawah meja study aku..

arghhhh!!
anak-anak kucing yang telah di tatang bagai minyak yang penuh..
buley plak dorang berak dalam bilik aku..


der 5 ekor anak kucing..
sekor laki..4 ekor lagi perempuan..
dulu time kecik-kecik..
duduk dalam kotak jer..sekarang nie da besar..
da pandai merayap..
keluar kotak..
pas tuh..berak merata..

haishh..
sabo jer lar..
nasib baik cumil-cumil blako..
kalau tak..
da lama aku tak layan..


sekor laki tuh..nama dier HARUN..
yang kaler oren penuh tuh ha..
mana dapat nama tuh??
nie aku nak citer..
sper lagi bagi lau bukan budak-budak kelas aku yang bijak pandai tuh..
bagi nama baik punyer..
hak3..
tak paham aku dengan budak-budak yang tak cukup umur nih..
hahaha..



lagi 3 ekor perempuan kaler hitam + oren + putey tuh..
nama nyer SAWI,,TEBU,,SITI..
nama nie semua pon budak-budak yang bagi..
pelik-pelik punyer nama da..
hehehe..


sekor lagi perempuan tuh..
yang paling cumil antara semua-semua tuh..
sebab tuh nama dier GEOGERS..
da macam lanun muka dier..
dengan mata sebelah hitam..haha..
sekor nie lar yang terkantoi kencing dekat printer aku..
bengang giler..
fikir binatang jer..
kalau manusia..aku dah bako jer..
hak3..

dah siap kemas-kemas..
kutip lar balek kucing tuh..boh dalam kotak..
nak keluar..
tak lepas-lepas..haha..
padan muka kau..kih3..
manusia semakin kejam..ayat roomate aku..
hehehe..

roomate aku lar yang mop lantai..
kutip semua kucing tuh..
kutip tahik skali..
hehe..
geli siot..
sebab tuh aku tak minat nak bela-bela binatang nie..
tak rajen nak mengemas..
hik3..

=)

Friday, March 4, 2011

: : duLu,,aku tak pErnah sukakannya


dulu..
aku tak pernah sukakannya..
dulu..
aku tak pernah terfikirkannya..
dulu..
aku tak pernah ambil tahu tentangnya..
dulu..
aku tak pernah bermain dengannya..

tapi..
sekarang..
aku harus sukakannya..
sekarang..
aku harus fikirkannya..
sekarang..
aku harus ambil tahu tentangnya..
sekarang..
aku harus bermain dengannya..

tuh lar dier MORTAR..
aku pernah rasa mortar..
ko pernah??
hahaha..
disebabkan mortar..
tangan aku jadi begini..
nak tengok macam mana rupa mortar tuh??
hidung mancungkah??
mata bulatkah??
pipi tembamkah??
rambut hitamkah??
bibir merekahkah??
naa..
nie lar mortar..
pasir + kapur + air = mortar..



naa..
mula-mula rasa memang ar best..
bila dah dipegang + "main" lama-lama..
lihatlah tangan mu yang chantek..
menjadi kasar + mengelupas..

naa..
tuh lar penangan mortar..
hahaha..
jatoh chenta pandang pertama..
kahkahkah..



nie lar rupa bentuknya..
lawa kan??
haha..
belom siap lagi nie..
kita orang kena buat projek rumah..
naa..
betapa susahnya nak buat rumah..
baru aku tahu..
nanti aku buat entry yang baru..
aku tunjuk lar macam mana rupa rumah yang kita orang buat..
hihihi..

tangan ku yang kasar + mengelupas..
sapu losyen pon tak jalan jugak..
haish..
buruk-buruk..

=)

Saturday, February 5, 2011

: : pErEmpuan susah,,lelaki lagi susah

assalamualaikum..hari nie aku akan bagi tazkirah kat korang..haha..layak ker??teettttt..hehe..dalam perjalanan balik rumah malam tadi dari johor a.k.a melaka,,cm ner tuh??hehe..aku pergi dua2 tempat lorh..erm..berbalek kepada cerita tadi..kemudian aku terfikir..terpikir dan aku berfikir..dan aku pernah terbaca dulu..jadi nie perempuan nie istimewa..sangat-sangat istimewa..tak seperti lelaki..tak der lar istimewa sangat..hihi..

tapi perempuan nie adakalanyer begitu susah..susah macam mana??ha..itu yang kita nak tahu..hehe..perempuan yang belum berkahwin dan masih dalam tanggungan ayah..sekiranyer dier melakukan dosa,,ayah dan dier akan menanggung dosa tersebut..

manakala,,sekira seseorang perempuan sudah berkahwin dan mempunyai suami,,dan melakukan dosa,,ayah,suami dan dier akan tanggung dosa tersebut..kesian pada kaum lelaki..disebabkan perempuan,mereka terbabit..

tanggungjawab lelaki nie besar..amat besar..nak2 lagi kalau da berumah tangga..mempunyai anak..dapat anak plak ntah pape..ayah akan menanggung dosa anak-anak mereka..nak salahkan orang tua tak reti jaga anak,,tak buley jugak..ibu bapa da jaga dengan elok,tapi anak-anak itu sendiri yang tidak reti memikirkan baek buruk sesuatu perkara..

aku nie tak lar baek sangat..tapi aku tahu..setiap manusia pasti melakukan kesilapan..jadi,,kita beringat lar..sanggupkah kita menyusah dan menyiksa orang yang kita sayang??orang yang menyanyangi kita..hmm..

renung-renungkan dan selamat beramal.. ;)

Friday, January 28, 2011

: : UNTUNG lar

untung laaar..
untung laaaar..
untung laaaar..

per kes??haha..aku pon tak tahu lar kenapa..tapi ayat 'untung lar' nie memang menusuk kalbu jiwa dan raga..haha..ayat nie bersepah kut..untung lar dapat balek kampung,untung lar naek bas,untung lar pape lagi entah..macam2 lar..semua ayat 'untung lar'..apa yang tak untung pon aku tak tahu..blur + musykil..

ha,,der lar sorang member nie..siap cakap lagi "aku nak cari lar saper yang mulakan ayat 'untung lar' nie.." haha..sampai bila2 pon ko tak kan dapat jumpa kut..hehe..kadang2 saket ati bila orang cakap macam tuh kat kita..tapi bila kita cakap macam tuh kat orang laen,sonok rasanyer..macam nak buat lagi..haha..perkara biasa..

bab mengena orang,num 1 bagi kat aku..haha..tak henggat dunia..untung lar dapat kena kan orang..hahaha..sengget betol.. ;)

.. p.s.i.s

ha..
dis story about teetttt..
haa..
per tuh??
haha..

psis..
binatangkah??
makanankah??
bungakah??
jeng3..




nie lar politeknik sultan idris shah (PSIS)



ha..sper2 yang tak pernah datang poli nie,sila2 lar yer..
even jaoh dari pekan..
tapi best..
korang susah nak rasa tempat blajar yang aman damai macam nie..
memang seronok + nyaman..
nak pergi kalas pon semangat..
sper2 yang malas tuh,sebab dorang tak siap assignment..
kuang3..
perkara biasa..




nie lar poli aku..hehe..chantek kan??hemo3.. =)

.. kurang TID0 gara-gara.............??

sejak dua menjak yang lepas..aku didapati menhadapi menyakit yang sangat merbahaya..dan penyakit nie,biasa bagi orang lain..tapi pada aku,penyakit ini amatlah kritikal..adoyaiii..aku di syorkan tidak berjumpa dengan doktor,malah aku di sah kan penyakit 'kurang tido'..haha..



aku da lar kaki tido..nie tak cukup tido plak..memang satu masalah problem bagi aku lar kan..haa..gi tuh lar citer nyer..aku tak cukop tido sebab nak jadi seorang pelajar yang cemerlang lar kate kan..kunun-kunun jer..tapi tak tahu lar..insyaAllah..amin.. ;)


hehe..aku 'ter'amat lar bizi sampai-sampai nak un9 fesbuk pon tak der masa..bak kate orang,fesbuk nie da macam kekasih num 1..sehari tak mengadap,tak sah..rindu semakin menjauh..betol ke ayat aku nih??ish..pape hal pon,aku tak un9 fesbuk pon ley hidop..tuh aku lar..tapi orang lain,tak kot..wajib un9..


disebabkan aku tak un9 fesbuk,maka blog pon terabai..da macam anak plak..ibu abaikan anak gara-gara tido tak cukop..haa,cam ner plak tuh??lu orang pikir lar sendiri..hehe.. :p




meja ku yang tak pernah tak sepah..



tido aku dicabuli oleh kerja-kerja yang banyak + melambak..disebabkan itu,aku mengalami tido yang kurang + tidak banyak..ini lar rupa meja anak dara yang bersepah melambangkan seorang yang kemas..haha..nie melambangkan otak da serabut.. =)