Tuesday, May 3, 2011

: : sEmpEna hari Ibu

hasil = anak buah aku..
umur = 4 tahun 10 bulan..
nama = faris jufri..





balek jer sekolah,,dier bagi puan opah..siapa lagi kalau tak mak aku..hehe..kelakar..pas tuh,,tunggu plak umi dier balek..dengan excitednya,,dier bagi..akak pon,,terkejut tengok..




yang kelakarnya,,kek tuh..mak aii..merah semua..perisa strawbery..hak3..satu rumah gelak..tak per lar..satu usaha yang baik kn??hehe..sweet pon yer..huhu..akan ku simpan..nanti bila dier besar,,aku nak tunjuk..mesti kena gelak..haha..anyway,,HAPPY MOTHER'S DAY t0 all mom in the world.. =)

Wednesday, April 27, 2011

: : bErtuah dapat suami macam nie

Lebih kurang tiga minggu yang lepas saya membawa isteri ke 'Mahkota Medical Centre', dia mengadu kepada saya kepalanya pening, rasa mual dan badanya lenguh-lenguh. Saya tanya dia"mengandung kot?" Dia kata tak ada. Oleh kerana 2-3 hari macam tu saja,saya bawak dia jumpa doktor dan ternyata.... isteri saya mengandung dua bulan. Emmm saya dah agak dah.Maka bermulalah cerita baru dan haluan sejarah masa depan akan pastinya berubah lagi.

Dia akan merasa loya dengan bau yang sebelum ini senang baginya, termasuklah bau badan saya. Morning sickness yang teruk sekali bagi isteri saya.Kasihan sungguh, terbaring saja sepanjang masa. Makan tak boleh, minum tak nak, apa pun tak nak. Adakalanya isteri saya semalaman tak dapat tidur, kadang-kadang tu asyik nak tidur saja. Selesai saja solat Isyak dah masuk bilik. Pada awalnya saya tidur kat luarlah sebab dia tak boleh bau badan saya. Saya fahamlah orang mengandung memang macam tu, sekarang ni dah boleh tidur dengan saya dan saya sudah tahu macamana nak elakan insomnia yang dialaminya, iaitu dengan membaca Al-Quran sehingga isteri saya terlelap.Memang kebiasaan sebelum mengandung pun saya akan membaca Al-Quran diatas katil di sisi isteri sebelum tidur sehinggalah dia terlelap.

Sekarang saya terus membaca Al Quran disisinya sebagai ubat tidur bagi isteri dan anak dalam kandungan. Adakalanya sampai 2-3 jam.Bukan itu sahaja, saya juga sentiasa bercakap-cakap dengan janin dalam perutnya. Perkara yang mula-mula saya ceritakan padanya ialah tentang tauhid. Saya bermula dengan kitab pertama yang saya pelajari dahulu iaitu kitab 'Kasyaful Mahjub'. Mungkin ada pembaca yang berkata saya terlalu ghairah, kebarangkalian untuk janin-survive masih tipis. Tapi mana ada ayah yang tak berharapan. Segarang-garang harimau pun tak makan anak, apatah lagi saya. Apa yang akan berlaku pada kemudian hari adalah diluar bidang kuasa saya. Siapa saya untuk mempersoalkanya.

Saya bercerita kepadanya tentang Allah, zat, sifat, asma, afal. Dan cerita itu kembali bercerita kepada diri saya. Adayang menghantar email dan bertanya bagaimana mahu mensihati anak agar tidak degil. Jawapan yang mahu saya nyatakan bukan hanya untuk anak tetapi untuk sesiapa sahaja terutamanya yang mempunyai hubungan rapat dengan kita. Tak kiralah anak, isteri atau suami. Bagaimana?

*************************************************************

1. Semasa anak atau isteri kita sedang tidur inilah waktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu dua pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya(sub conscius mind) adalah paling optimum ketika ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).

2.Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke ubun - ubun orang yang ingin anda nasihati.

3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah ke atas junjungan Nabi Muhamad dan bacalah surah al fatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam hati dan jangan putuskan zikir anda.

4. Angkat ibu jari anda,kalau boleh janganlah di putuskan zikir didalam hati dan bercakaplah dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda beritahunya. Kebiasaannya saya akan menasihati isteri saya agar tidak selalu melewatkan solat,banyakkan berselawat, banyak bersabar.

Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat anda.

5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya bergerak-gerak. Insyallah saya doakan diri saya dan anda berjaya dengan kaedah ini.

***********************************************************

Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An Nu'man), seseorang pernah bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah. "Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya. Jawab bapa Imam Abu Hanifah "Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia dilahirkan". Kalau didengar pernyataan ini tentu aneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin manusia yang belum dilahirkan sudah di didik. Namun apa yang ingin disampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah) ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya juga sudah di didik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak dari kandungan lagi. Saya beri anda satu logik akal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih segiempat. Begitu juga dengan anak dan isteri kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita sendiri.

Saya bacakan kisah ini kepada janin yang sedang membesar dalam perut isteri saya. Saya sentiasa berdoa agar dia terus membesar dan dilindungi Allah sebagaimana Allah memelihara Imam Abu Hanifah. Saya nasihatkan dia dengan nasihat yang disuarakan oleh Luqman Al Hakim kepada anaknya. Saya bacakan kisah para rasul, para nabi,wali songo, tujuh wali melayu kepadanya. Cuma isteri saya menasihati agar suara saya tidak terlalu kuat, bimbang didengar oleh jiran, apa pula kata mereka nanti.

Dalam kepekatan malam, isteri saya sudah pun yenyak dibuai mimpi. Saya baru selesai membaca surah yasin disisi isteri hingga dia terlelap. Saya kehalaman rumah, mahu merenung langit malam, satu-satunya hobi saya semenjak kecil semenjak di rumah anak-anak yatim piatu, saya bawa hingga kini. Langit agak terang dan bersih. Saya bersandar dibangku marmar. Kalau isteri saya sihat pastinya dia menemani saya disini, kami akan bercerita tentang segala-galanya, tentang masa depan, tentang anak, tentang cinta, tentang tuhan.

Saya terus merenung langit malam, saya anak yatim piatu yang ditinggalkan ditengah padangrumput,sehingga sekarang tidak diketahui siapa ibu ayah saya. Kini saya akan menjadi ayah. Bermula dari saya akan wujud salasilah keturunan yang baru.Saya bertekad dalam hati, Insyallah jika anak ini lahir, dia tidak akan saya biarkan membesar seperti saya. Dia tidak akan saya biarkan menagih kasih dirumah kebajikan.Dia tidak akan melalui zaman pahit seperti saya. Dia tidak perlu dibohongi yang teddy bear adalah'mama'nya seperti saya. Air mata ini mengalir lagi. Mudah benar ia tumpah.Oh! janganlah tumpah lagi.Sudah terlalu banyak tertumpah.Kalau mahu tumpah biarlah ketika sujud menyembah Ilahi.Pesan guruku air mata lelaki jangan ditumpahkan sia-sia.

Saya tidak mahu terus melayan perasaan,segera saya kuncikan pintu dan ke kamar tidur.Isteri saya telah pun nyenyak dibuai mimpi.Inilah 'bintang timur' dalam hidup saya.Ia sentiasa bersinar cemerlang dalam hidup saya,memberi harapan,keyakinan,kesetiaan dan cintanya kepada saya.InsyaAllah tidak lama lagi,akan muncul 'bintang timur kecil' dalam hidup saya..

=)

Thursday, April 7, 2011

: : bEza suka dan chEnta

















1- Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan
berdegup kencang. Tapi di hadapan orang yang kita
suka, hati kita akan gembira.

2- Di hadapan orang yang kita cinta, musim
sentiasa berbunga-bunga. Di depan orang yang kita
suka, musim itu cuma berangin sahaja.

3- Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang
kita cinta, kita akan kaku. Tapi jika kita melihat
ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan
tersenyum.

4- Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi
malu. Di depan orang yg kita suka, kita akan
tunjukkan imej yang sebenar.

5- Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk
berkata-kata. Di depan orang yang kita suka, kita
akan bebas berkata apa saja.

6- Kita tidak akan merenung mata orang yang kita
cinta. Tapi kita akan selalu merenung mata orang
yang kita suka.

7- Bila orang yang kita cinta menangis, kita akn
turut jua menangis. Bila orang yang kita suka
menangis, kita akan cuba untuk membuat dia gembira.

8- Perasaan cinta bermula dari kata. Perasaan suka
bermula dari telinga. Jadi, jikalau kita berhenti
menyukai seseorang yang kita suka umpama kita
membuang telinga kita. Tapi jika cuba menutup mata
cinta berbuah menjadi airmata. Setiap orang yanghidup
akan mengalami ini dalam hidup mereka.



Monday, April 4, 2011

: : 7 pEtua cari cal0n suami yang baik

"Mak! Timah tak nak kawin sampai bila-bila pun mak. Timah rela jadi andartu kalau tak jumpa lelaki yang sesuai!"



Pernah dengar tak kata-kata nie? Ke ada di antara korang yang pernah mengucapkannya? Hakikatnya, zaman sekarang nie memang susah nak cari calon suami yang baik atau yang menjadi idaman. Cari laki bukan keje main2. Bukan macam nak pilih ikan kembung ke, ikan keli ke kat pasar. Nie soal masa depan nie.



Sebab tulah kebanyakan wanita la nie ada yang rela tak berkahwin sampai tua. Rela jadi andartu. Bukan nak kata memilih, tapi benda penting, takkan nak tangkap muat jer..bangun pagi2, nampak je lelaki pertama, ajak dia kawin terus dengan you...tak boleh jadi ni...tak boleh jadi...



Sebab itulah, jom kita tengok beberapa petua untuk mencari bakal suami yang baik:



1. Pilih yang baik dan beragama – agama nie penting kerana ia mendidik kita untuk menjadi insan yang lebih baik. Kalau takde agama, takdelah pegangan dalam hidup, kan? Nak didik anak bini pun susah. Lelaki yang beragama nie bukan sajer boleh memimpin dirinya sendiri, bahkan dia juga boleh jadi pemimpin yang baik kepada isteri dan anak-anaknya. So, sebelum melihat kriteria2 lain, lihatlah dulu pegangan agamanya, okey dan boleh tak si dia membimbing kita ke jalan yang betul kelak...



2. Cari yang sabar dan penyayang – semasa tengah berdating, mungkin you all dah dapat detect perangai boyfriend korang kan? Penyabar ke atau pemarah? Cuba uji... misalnya berpura-pura buat bende yang dia tak suka ke, time tu la nak tengok dia melenting ke tak. Kalau dia marah tahap cipan, sah2 dia panas baran. Jangan pilih lelaki camni cik adik oii, kalau tidak, seksa hidup ko nanti.



3. Jangan nilai pada rupa – 'don't judge a book by it's cover'..ataupun jangan nilai buku melalui kulitnya sajer! Sebab kecantikan luaran nie sementara ajer. Mungkin rupa si dia nie macam rupa orang pecah rumah, tapi mungkin hatinya baik. Kalau muka tu sehensem Tom Cruise, tapi perangai tak senonoh, nak buat aper, kan? Ingatlah nanti kalau kita tua, tua samer2. Kedut pun, kedut sama2 (melainkan ada salah sorang yang pakai botox...huhu :-) )



4. Hormat orang tua – sememangnya kite nak calon suami yang bukan saje taat pada mak bapak dia, tapi juga hormat pada orang tua kita, kan? So, kalau si dia datang ke rumah, perhatikanlah tingkah laku dia pada mak bapak kite pulak. Dia hormat ke atau kurang ajar?



5. Cari yang boleh mendengar dan mendidik – penting nie sebab kalau kita ada problem, ada jugak insan yang sudi mendengar luahan hati kite, betul tak? Bukan tu jer, kalau ada bende yang kite tak tau, si dia juga boleh mendidik kita khususnya dalam bab2 agama. Jangan 2×5 sudahler...:-)



6. Lihat pada family dia – nie biasanya dipraktikkan masa zaman mak bapak kita dulu. Masa nak cari jodoh untuk anak-anak diorang, mereka akan 'melihat' pada keluarga si lelaki dulu. Kalau semernya baik2 ajer, dapatlah 'green light'...sebab 'ke mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi'nya, kan? Mak bapak kitalah juga yang membentuk kita untuk jadi insan yang berguna atau tak satu hari nanti. Tapi ada jugak yang mak bapak kurang baik tapi dapat anak yang baik...:-). So, nilailah betul-betul yer.



7. Pilih yang (ikhlas) sayang kat kita – maksudnya pilih jejaka yang betul-betul sayang kat kite. Jangan pulak pilih lelaki yang kita sayang tapi si dia plak buat endah tak endah je kat kita. Ada jugak kes di mana si lelaki nie berpura-pura sayang kat si gadis kerana hanya nak main-mainkan dia. So, kalau anda di dalam situasi di mana anda kena pilih di antara lelaki yang anda sayang dan lelaki yang sayang pada anda... sebaik2nya pilihlah option yang kedua tuh...:-)



Wah...susah betul nak cari laki kan? Pasal soal cari pasangan nie, lelaki kena paham2 la kenapa ada wanita yang kawin lewat atau tak nak kawin langsung. Bukan kata memilih, tapi soal jodoh dan masa depan Tuhan yang tentukan. Bagi wanita plak, kalau dah jumpe jodoh yang baik dan sesuai tu, cepat2 la kawin, ok. Takut nanti si dia kena rampas plak. Maklumlah, lelaki yang baik sekarang nie tengah high demand...:-) Good Luck!

Saturday, March 26, 2011

: : jamban kami

bila perot rasa nak meletop..bila perot rasa tak puas hati..ingin melepaskan geram..ingin melepaskan nafsu..ingin melepaskan kepuasan..ingin menjalankan satu hajat yang amat besar..tak dapat di tahan-tahan lagi nafsu yang sudah maharajalalela dalam diri ini..

ahhhh..lega sudah..


hahaha..apala lar korang nie..mesti fikir yang bukan-bukan nih..nakal ea..hehe..tapi kadang-kadang nakal sikit..ok what..bukan selalu pon nak nakal-nakal macam nie..hak3..

gambar kat atas tuh..per erk??hehe..rumah ke??bilik ke??teetttt..hahaha..tuh lar jamban yang group aku buat..cumilkan??hihi..nie belum siap 100% lagi lar..sebab tuh nampak rangka-rangka badan yang lawa sangat..sexy beb!!

berapa minggu erk buat jamban nih??der lar dalam 4 minggu..tapi minggu kedua..teruk-teruk..korang nak tahu kenapa??jup ea..






ada orang sabotaj group aku..bengkek gila..suka-suka hati jer..tak puas hati,,face to face lar..haish..da lar nak buat benda nie penat gila..ish..sabo jer lar..


tadaaa..hihi..lawa tak jamban kami??huhu..nie lar rupa jamban yang telah disiapkan oleh 8 0rang..perghhh!! penat memang tak terkata lar..yang tak tahannya..penat nak mengemas..hihi..tapi nie semua pengalaman..sebelum nie bodo-bodo jer..masuk sini baru tau nak buat macam mana..hihi..

** berani untuk mencuba yang baru..pasti menarik..tapi..pastikan itu adalah sesuatu yang baik.. =)

Friday, March 25, 2011

: : air kencing + tahik

terima kasih kucing..
untuk segalanya..
kau berikan lagi kesempatan itu..
takkan berulang lagi..
kau kencing merata..
berak di bawah meja study aku..

arghhhh!!
anak-anak kucing yang telah di tatang bagai minyak yang penuh..
buley plak dorang berak dalam bilik aku..


der 5 ekor anak kucing..
sekor laki..4 ekor lagi perempuan..
dulu time kecik-kecik..
duduk dalam kotak jer..sekarang nie da besar..
da pandai merayap..
keluar kotak..
pas tuh..berak merata..

haishh..
sabo jer lar..
nasib baik cumil-cumil blako..
kalau tak..
da lama aku tak layan..


sekor laki tuh..nama dier HARUN..
yang kaler oren penuh tuh ha..
mana dapat nama tuh??
nie aku nak citer..
sper lagi bagi lau bukan budak-budak kelas aku yang bijak pandai tuh..
bagi nama baik punyer..
hak3..
tak paham aku dengan budak-budak yang tak cukup umur nih..
hahaha..



lagi 3 ekor perempuan kaler hitam + oren + putey tuh..
nama nyer SAWI,,TEBU,,SITI..
nama nie semua pon budak-budak yang bagi..
pelik-pelik punyer nama da..
hehehe..


sekor lagi perempuan tuh..
yang paling cumil antara semua-semua tuh..
sebab tuh nama dier GEOGERS..
da macam lanun muka dier..
dengan mata sebelah hitam..haha..
sekor nie lar yang terkantoi kencing dekat printer aku..
bengang giler..
fikir binatang jer..
kalau manusia..aku dah bako jer..
hak3..

dah siap kemas-kemas..
kutip lar balek kucing tuh..boh dalam kotak..
nak keluar..
tak lepas-lepas..haha..
padan muka kau..kih3..
manusia semakin kejam..ayat roomate aku..
hehehe..

roomate aku lar yang mop lantai..
kutip semua kucing tuh..
kutip tahik skali..
hehe..
geli siot..
sebab tuh aku tak minat nak bela-bela binatang nie..
tak rajen nak mengemas..
hik3..

=)

Friday, March 4, 2011

: : duLu,,aku tak pErnah sukakannya


dulu..
aku tak pernah sukakannya..
dulu..
aku tak pernah terfikirkannya..
dulu..
aku tak pernah ambil tahu tentangnya..
dulu..
aku tak pernah bermain dengannya..

tapi..
sekarang..
aku harus sukakannya..
sekarang..
aku harus fikirkannya..
sekarang..
aku harus ambil tahu tentangnya..
sekarang..
aku harus bermain dengannya..

tuh lar dier MORTAR..
aku pernah rasa mortar..
ko pernah??
hahaha..
disebabkan mortar..
tangan aku jadi begini..
nak tengok macam mana rupa mortar tuh??
hidung mancungkah??
mata bulatkah??
pipi tembamkah??
rambut hitamkah??
bibir merekahkah??
naa..
nie lar mortar..
pasir + kapur + air = mortar..



naa..
mula-mula rasa memang ar best..
bila dah dipegang + "main" lama-lama..
lihatlah tangan mu yang chantek..
menjadi kasar + mengelupas..

naa..
tuh lar penangan mortar..
hahaha..
jatoh chenta pandang pertama..
kahkahkah..



nie lar rupa bentuknya..
lawa kan??
haha..
belom siap lagi nie..
kita orang kena buat projek rumah..
naa..
betapa susahnya nak buat rumah..
baru aku tahu..
nanti aku buat entry yang baru..
aku tunjuk lar macam mana rupa rumah yang kita orang buat..
hihihi..

tangan ku yang kasar + mengelupas..
sapu losyen pon tak jalan jugak..
haish..
buruk-buruk..

=)