Thursday, August 26, 2010

duLu..

Dulu kita kawan….Bila keluar je mesti bersama..sampaikan orang cakap kite kembar kan…Kita kongsi cita-cita yang sama..Kita kongsi hobi yang sama..Kita selalu main layang-layang sama-sama…Awak cerita dekat sy….Awak suke dekat dak laki ni..Dia baek…macam awak jugak..Dia memang sesuai untuk awak…Tapi….1 hari…dak laki 2 datang kat saya…Die cakap die suka saya… Saya tolak die..sebab saya tahu awak suke giler kat die…Saya nak cerita dekat awak..tapi saya takot… Saya takot awak kecewa…Jadi saya diamkan je…

1 hari…awak datang dekat saya awak tuduh saya nak rampas laki 2 dari awak…Saya tak rampas die wak..saya tak pernah terima die dalam hidop saya pon..Sebab saya tahu awak suke dia..Tapi awak lebih pilih untuk dengar cakap orang lain dari cakap saya…Sejak dari tu..awak da tak tegur saya…awak tak cakap dengan saya lagi..Saya sedih…Gelang yang kita beli sama-sama dulu pon awak da tak pakai da…

1 hari awak cakap awak nak jumpa saya…Saya gembira sangat…Saya bertekad nak buat awak terima saya balik jadi kawan dalam hidop awak..Saya tunggu awak dekat taman yang kita selalu pergi tu…Muke saya tak renti2 senyum…sebab saya gembira sangat…Tapi awak datang…awak cakap awak nak putuskan hubungan persahabatan kita…Saya sedih….hati saya bagai pecah awak buat…Awak buang gelang yang kita beli sama2 tu depan mata saya…Awak buat saya down giler…Saya dah tak der tempat nak kongsi masalah lagi…Dulu…saya selalu cerita dekat awak..Kita kongsi suka duka kita..awak buat saya ada keluarga…Awak tahu saya sudah tiada ayah dan ibu lagi.. Awak buat keluarga awak sebagai keluarga saya…Tapi hanya kerana lelaki awak sanggup buang persahabatan kita…

Saya tahan awak dari pergi…Awak tolak saya..Saya jatuh tepi jalan…Kereta lalu…BAMMB!!! Saya kene langgar….awak menangis….awak tengok saya kene langgar…awak menangis…Kenapa awak menagis? Awak kan dah benci saya..Biarkan saya pergi…"awak…saya tak rampas dia dari awak, 1 je pinta saya…awak percaya la saya" Awak menganguk…awak cakap awak maafkan saya….Saya senyum….dan itulah senyuman saya yang terakhir didunia ini…Dan saya meninggal di pangkuan awak…Sahabat dunia akhirat saya..Sesungguhnya saya nak awak tahu yang saya sangat berterima kasih pada awak kerana awak buat saya ceria kembali selepas pemergian keluarga saya…awak bagaikan cahaya dalam hidop saya…

No comments: